Berikutan poster-poster ucapan tahniah di atas perlantikan Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar sebagai Pengerusi Yayasan Sabah yang baharu, kini hangat dipolitikkan terutamanya pihak pembangkang di negeri Sabah.
Ketidakpuasan hati setengah pihak disebabkan Datuk Ghulam adalah keluarga bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman. Cerita ini menjadi hangat sehangat Covid-19 yang terus meningkat naik di Sabah.
Melalui petikan facebook Exco Srikandi Bersatu Malaysia dan merangkap Pengerusi Biro Latihan dan Pemerkasaan Parti Srikandi Malaysia berkata Isu pelantikan Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar sebagai Pengerusi Yayasan Sabah tidak perlulah dipolitikkan kerana beliau sememangnya layak secara merit menerusi pengalaman beliau dalam arena politik Sabah.

“Jika dilihat dalam PRN baru – baru ini, beliau juga berjaya mempertahankan kerusi DUN Kawang dengan majoriti yang cukup besar. Ini sudah cukup membuktikan stigma kroni atau keluarga Musa Aman sebenarnya cuma satu retorik politik yang digunakan pihak berkepentingan sebagai jalan mudah merosakkan kredibiliti karier politik individu dan juga satu cara menafikan jasa baik dan pembangunan yang telah dibawah oleh TSMA sepanjang pentadbiran beliau” katanya lagi.
Mizma yang juga Ketua Srikandi Bersatu Lahad Datu berpendapat propaganda yang disebarkan pihak berkepentingan ini terutama sekali Parti Warisan Sabah cuma hanya sekadar untuk meraih simpati pengundi.
“Sebagai sebuah parti yang pernah memegang tampuk kepimpinan negeri seharusnya lebih tahu individu yang layak atau tidak perlu berdasarkan pengalaman dan kredibiliti individu bukan hanya membabitkan isu kroni atau pertalian saudara”

Tambahnya lagi kenyataan polemik yang kurang matang ini bertujuan menjatuhkan musuh politik dengan jalan singkat.
“Jangan kaitkan isu Sempornalisasi yang berlaku sewaktu kerajaan Warisan berkuasa dengan zaman Gabungan Rakyat Sabah (GRS) waktu ini. Jangan kerana pernah berkuasa akibat memburukkan Tan Sri Musa Aman”
“Agenda itu juga mahu diguna untuk menewaskan GRS waktu ini. Itu kesilapan besar kerana rakyat sudah bijak menilai. Lagi pula Ketua Menteri sekarang bukan lagi TSMA, secara rasionalnya siapa pun dilantik kerajaan sekarang, ianya tiada kaitan dengan bekas Ketua Menteri Sabah ini. Warisan kena lebih cakna mengenai perkara itu” Akhir ciapan beliau.