spot_img
HomePolitikBiden Presiden Amerika Syarikat baharu - PM ucap tahniah

Biden Presiden Amerika Syarikat baharu – PM ucap tahniah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyampaikan ucapan tahniah kepada calon Parti Demokrat, Joe Biden atas kejayaan penuh bersejarah pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, Malaysia mengikuti dengan rapat perkembangan proses Pilihan Raya AS yang menyaksikan pelbagai jangkaan.

“Pengundi memutuskan untuk menyokong Joe Biden sebagai Presiden AS ke-46 berdasarkan kepemimpinan dan wawasan yang dibawanya.

“Sebagai negara yang berkembang pesat, Malaysia sangat mementingkan hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat.

“Kerjasama Komprehensif AS-Malaysia

terus menjadi kerangka yang menyeluruh untuk hubungan yang pro-aktif, merangkumi semua aspek dan saling bekerjasama yang baik antara kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan, di sini hari ini.

Joe Biden menang pilihan raya Presiden AS ke-46 dengan memperoleh 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.

Keputusan itu menyaksikan Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.

Muhyiddin berkata, Malaysia mahu memperkukuhkan lagi perkongsian dengan AS dengan pemilihan presiden baharu ini di saat masyarakat antarabangsa sedang berusaha menangani pelbagai cabaran global kesan daripada pandemik COVID-19.

“Saya doakan Presiden yang dipilih, Joe Biden berjaya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai presiden dan berharap untuk bertemu dengannya secara peribadi jika ada kesempatan,” katanya.

-beritaharian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular