spot_img
HomePolitikUMNO muktamad tolak kerjasama dengan BERSATU

UMNO muktamad tolak kerjasama dengan BERSATU

KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang adalah muktamad, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, UMNO juga menolak pembentukan gabungan politik bersama Perikatan Nasional (PN).

“Keputusan itu adalah muktamad dan harus diletakkan noktah. Ketetapan ini bukan hanya dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, dukungan UMNO terhadap pembentukan kerajaan PN tahun lalu adalah kerana rakyat.

“Kita lakukannya kerana parti kerajaan sebelumnya PH (Pakatan Harapan) gagal melaksanakan manifesto yang akhirnya mereka akui bukan kitab suci,” katanya.

“Kita lakukannya kerana parti kerajaan sebelumnya PH (Pakatan Harapan) gagal melaksanakan manifesto yang akhirnya mereka akui bukan kitab suci,” katanya.

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena PAU 2020 di Dewan Merdeka, WTCKL, hari ini. - Foto UMNO Online
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena PAU 2020 di Dewan Merdeka, WTCKL, hari ini. – Foto UMNO Online
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan (dua, kiri) ketika acara menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' pada perasmian persidangan sempena PAU 2020 di WTCKL. - Foto BERNAMA
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan (dua, kiri) ketika acara menaikkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’ pada perasmian persidangan sempena PAU 2020 di WTCKL. – Foto BERNAMA

Beliau berkata, belum terlambat untuk UMNO dan PAS kembali ke pangkal jalan bagi memperkasakan Muafakat Nasional (MN) sebagai platform politik yang menerima sokongan rakyat.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan, berkata pemerkasaan itu hanya boleh dilakukan sekiranya kedua-dua parti itu berada dalam tapak yang sama.

“Jalinan politik antara UMNO-PAS berpaksikan kepada roh penyatuan ummah, ia dijelmakan dengan iringan deraian air mata dalam kalangan kedua-dua ahli parti.

“Politik UMNO bukan seperti lalang ditiup angin. Ingin saya tegaskan piagam MN belum sampai ke penghujungnya. Kita (UMNO-PAS) belum terlambat kembali ke pangkal jalan.

“Namun, kaki kita mesti berpihak dalam tapak yang sama, itu adalah syarat utama,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, UMNO sedia berunding dengan mana-mana parti politik untuk membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tegasnya, perkara utama bagi parti terbesar orang Melayu itu dalam mendepani situasi berkenaan adalah kerelevanan dan dominan UMNO.

“Pasca pilihan raya umum, kita sedia berunding dengan sesiapa sahaja (parti politik) untuk membentuk kerajaan, namun UMNO perlu dominan dan barulah kita relevan.

“Kita harus berlapang dada untuk mendepani ‘reset’ (pemetaan semula) politik. UMNO memimpin dan bukan dipimpin, tidak bermakna untuk riak, jauh lagi untuk takbur.

“UMNO memerintah bukan diperintah, UMNO harus berdiri teguh memperkasakan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Ahmad Zahid menjelaskan, UMNO juga akan bertanding solo dengan menggunakan lambang BN dalam PRU akan datang untuk membentuk dominan politik.

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena PAU 2020 di Dewan Merdeka, WTCKL, hari ini. - Foto UMNO Online
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena PAU 2020 di Dewan Merdeka, WTCKL, hari ini. – Foto UMNO Online

-BH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular