KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sabah sangat berharap rakyat Sabah akan menjadi rakyat yang patuh pada prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) yang diumumkan kerajaan bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2001.
“Kami memahami sebahagian penduduk akan terkesan khususnya soal pekerjaan dan makan minum rakyat,” kata Setiausaha PAS Sabah Dr. Aliakbar Gulasan.
Bagaimanapun katanya, ini adalah jalan terbaik bagi membendung jangkitan COVID-19 yang semakin berluasa sekarang ini.
“Manakala bagi seluruh kaum Muslimin khususnya, perbanyak istighfar yakni memohon pengampunan dosa daripada Allah SWT. Selain itu, sekiranya tidak dapat ke masjid, dirikan solat hajat di rumah masing-masing.
“Di samping itu, banyakkan munajat kepada Allah supaya ujian penyakit ini dijauhkan dan seterusnya dihilangkan dari muka bumi ini. Sentiasa memgingati Allah supaya kita terus cekal dan jauh dari tekanan,” tambahnya lagi.


