spot_img
HomePolitikPelan Pemulihan Negara tingkat keyakinan rakyat kepada kerajaan : Datuk Yong

Pelan Pemulihan Negara tingkat keyakinan rakyat kepada kerajaan : Datuk Yong

KOTA KINABALU : Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee (gambar) memberi gambaran masyarakat khususnya pengusaha perniagaan semakin yakin dengan perancangan kerajaan menerusi Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keempat-empat fasa yang dirancang akan dilaksanakan secara berperingkat itu diyakini akan memberi kelegaan kepada orang ramai.

“Pelan pemulihan nasional telah meningkatkan keyakinan masyarakat, terutama komuniti perniagaan kerana garis masa empat fasa sudah jelas dan petunjuk untuk setiap fasa dapat dicapai.

“Rancangan ini telah memberi kelegaan kepada orang-orang yang tidak sabar menunggu wabak ini berakhir.

“Sekiranya semuanya berjalan mengikut perancangan, maka tahap kedua pada bulan Julai dan Ogos akan menyaksikan penyambungan semula banyak aktiviti ekonomi, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Yong, sekiranya rakyat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan pada masa sama bilangan kes purata semakin menurun tidak mustahil pada akhir tahun ini, kehidupan dapat kembali normal.

“Menjelang bulan September, hampir semua sektor ekonomi dapat dibuka kembali dan pada akhir tahun ini, kehidupan dapat kembali normal seperti sebelum wabak dengan pembukaan aktiviti sosial. Inilah yang dinanti-nantikan oleh masyarakat, ” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yong turut mencadangkan kepada kerajaan supaya melaksanakan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah bagi mengelak daripada mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Tindakan itu penting katanya, bagi mengelak daripada tercetus semula penularan wabak pandemik COVID-19 seterusnya mengheret kembali situasi sama pada awalnya. -USBO

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular