Akibat pandemik covid-19 melanda negara ramai rakyat terkesan termasuklah pemimpin-pemimpin politik. Dalam media sosial bukan sahaja rakyat yang merungut malahan ada segelintir pemimpin politik, yang sering melaungkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan dalam mendepani pandemik coronavirus ini.
Semalam tular satu ciapan di laman sosial facebook seorang pemimpin politik menyebarkan nombor telefon Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru berkenaan dengan memohon bantuan makanan.
Ciapan ini menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian oleh rakyat khasnya kawasan N22 Tanjung Aru.
Bagi mendapatkan jawapan mengapa dan kenapa ciapan ini disiarkan, wartawan demisabah terus menghubungi Reduan Aklee UPPM Tanjung Aru untuk mengajukan beberapa soalan kepada beliau.
Tambah Reduan, pihak UPPM N22 Tanjung Aru mempunyai laman web sendiri yang mana rakyat bebas untuk access nombor telefon yang kami paparkan. Ia memudahkan rakyat kawasan menghubungi kami jika ada permasalahan untuk dibantu.
“Saya sendiri tidak pernah mengelak untuk memberikan nombor telefon apabila diminta, namun memviralkan nombor telefon saya di media sosial facebook beliau adalah suatu yang tidak wajar”
“Lebih-lebih lagi, kenyataan beliau mengelirukan rakyat yang mana mengatakan pihak UPPM mempunyai peruntukan yang banyak walaupun realitinya adalah sebaliknya. Namun saya tahu, walaupun beliau seorang ADUN pembangkang, beliau telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 daripada pihak kerajaan” tambah beliau lagi.

Reduan Aklee yang juga calon Barisan Nasional bertanding di Adun Tanjung Aru pada PRU lepas menyatakan bahawa tiada isu saya sebagai UPPM kawasan tidak membantu rakyat kerana sejak berakhirnya PRN Sabah, sebelum dilantik memegang jawatan UPPM pun saya sendiri sentiasa berada dilapangan membantu sedaya mampu saya.
“Namun tindakan beliau seolah-olah ingin melepaskan tanggungjawab beliau sebagai ADUN yang dipilih rakyat dan asyik menyalahkan kerajaan. Mungkin beliau sendiri boleh manjawab kekerapan beliau menyantuni rakyat di kawasan” katanya lagi.
“Jawatankuasa yang saya lantik sentiasa bergerak di kawasan masing-masing mengambil tahu permasalahan rakyat. Soalan saya di mana YB yang dipilih ini berada? Sejauh mana beliau menjalankan tanggung jawab beliau sebagai ADUN yang dipilih rakyat sejak menjadi adun dua penggal di kawasan N22 Tg Aru”
“Kena faham penggal pertama beliau adun Tanjung Aru N17 dahulunya merangkumi bukan sahaja Tg Aru, Sembulan dan Pulau Gaya tetapi Pulau Sepanggar, Pasir Putih, Kg Muhibbhah dan Kg Meruntum. Boleh tanya kepada penduduk-penduduk kawasan”
“Mungkin juga beliau tidak senang kerana saya sentiasa berada dikawasan dan atas sebab itu beliau seolah-olah meletakkan semuanya ke bahu UPPM sedangkan beliau adalah ADUN yang pilih rakyat” tambahnya lagi.


