Situasi kita agak kritikal. Keadaan ekonomi teruk, kesihatan dan isu keselamatan (China – Filipina – Sabah). Perbezaan politik mesti ditolak tepi dahulu. Jika kita mencari kelemahan, memang kita tak jumpa satu tokoh pun dari dulu sampai sekarang di tanah air. Tapi kita percaya setiap manusia ada kelebihan yang boleh dimanfaatkan.
Sudah sampai waktunya Tan Sri PM tawarkan suatu posisi kepada DS Najib Razak dalam mendepani krisis ini bersama dan secara kolektif. Of course dari segi politik, seteru berjaya dikurangkan. Karakter Tan Sri lebih sesuai banyak berkawan dari seteru berbanding karakter bekas perdana menteri ke-7.
Tulisan saya ini bukan nak berkempen agar DS Najib Razak jadi perdana menteri balik. Itu jauh dan diluar bidang saya. Kita bercakap perkara terdekat yang boleh diambil kerajaan.
Tiga krisis kita hadapi, kesihatan, ekonomi dan keselematan negara. Saya tak masukkan politik dalam krisis sebab mereka ini gaduh-gaduh manja sejak dulu lagi. Kita ada Majlis Raja – Raja (MRR) yang memayungi negara. Selagi tak kacau MRR, kita masih dalam keadaan seimbang.
Baik, DS Najib adalah orang yang belajar dan faham ekonomi berbeza latar belakang perdana menteri sebelum yang merupakan peguam dan doktor. Mazhab ekonominya ‘more to keynesian’ dan penasihat beliau orang yang arif ekonomi dan politik.
Idea GST beliau berjaya selamatkan negara ketika dunia mengalami kejatuhan harga minyak. Cuma sepatutnya dahulu jangan terus 6%, mulakan dengan 3% menurut sebahagian pakar.
Beliau terlibat dalam kabinet krisis ekonomi 97-98 zaman Tun Mahathir dan berada dalam kabinet ketika proses pemulihan itu berlaku sehingga agak stabil sekitar tahun 2003. Pada tempoh krisis dan pemulihan, beliau menjawat Menteri Pendidikan dan kemudian Menteri Pertahanan.
Paling membanggakan, pada kemelesetan ekonomi 2008 – 2008 (yang disifatkan krisis ekonomi dan kewangan terburuk selepas depresi ekonomi 1930) DS Najib sebagai menteri kewangan (2008) dan perdana menteri ke-7 bermula April tahun 2009 berjaya memimpin ke arah pemulihan tanpa orang perasan pun kita berada dalam krisis.
Beliau tidak menjual ketakutan untuk berkuasa tetapi terus bangunkan pembangunan ekonomi yang berteraskan tiga karakter iaitu ilmu, inovasi dan kebebasan. Dasar ekonomi DS Razak telah diistilahkan najibnomics dan dikaji sampai hari ini.
Pada zaman beliau, berlaku krisis keselamatan pencerobohan di Sabah, kehilangan MH370 dan tembakan MH 17 di Ukraine. Bab pertahanan dan keselamatan, DS Najib sangat berpengalaman kerana menjawat jawatan Menteri Pertahanan 14 tahun. Beliau juga terlibat misi pengamanan di Bosnia dan Somalia sebagai pemegang dasar.
Sebagai penutup, DS Najib tetap insan dan aset yang wajib dimanfaatkan oleh kerajaan hari ini dalam mendepani krisis besar ekonomi, keselamatan dan sekali kesihatan kerana beliau lebih terbuka dengan pelbagai cara dan pandangan. Tulisan facebook beliau bukan sekadar bangkangan kosong tapi sentiasa hadir dengan cadangan solusi.
Orang politik tetap orang politik, tetapi ada part yang boleh manfaatkan rakyat, kenapa tidak kita bersama kan? sementara kita pun tidak berani nak menceburi medan lapangan. Kekalahan beliau sudah pasti mengajar banyak perkara dan hati-hati dengan kebangkitan kembali. Orang yang bangkit dengan muhasabah, impaknya luar biasa.
Penulis: Angah Sunan