spot_img
HomePolitikSektor pelancongan di Kunak diperhebatkan

Sektor pelancongan di Kunak diperhebatkan

Kunak: Berbagai usaha diadakan bagi memperkasakan industri pelancongan sekaligus mengangkat nama daerah Kunak di mata luar khususnya menerusi pelbagai program yang kini giat dijalankan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menerusi Lembaga Pelancongan Sabah.

Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh Sandhu, berkata terdapat beberapa tempat yang dilihat berpotensi dijadikan medium tarikan pelancong seperti Gua Madai, Sungang Hot Spring, Darvel Lagoon, Air Terjun Madai dan banyak lagi.

“Usaha giat bakal diadakan untuk menaiktaraf tempat-tempat ini yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan dan seterusnya memajukan daerah Kunak agar lebih dikenali dan tidak di makan arus zaman” katanya selepas menghadiri satu sesi dialog bersama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin dalam lawatan kerjanya pada isnin.

Sehingga kini, pelbagai usaha yang dilaksanakan termasuk memberi seminar dan latihan kemahiran dari segi kesedaran, keselamatan, dan pengurusan kepada persatuan-persatuan pelancongan, pengusaha pelancongan desa, dan komuniti setempat yang terlibat dalam mengusahakan aktiviti pelancongan di kawasan masing-masing.

Dalam masa yang sama, Kementerian juga bersedia untuk menawarkan program upskilling dan reskilling pelancongan kepada penduduk di daerah itu agar mereka mampu bersaing secara signifikan bukan saja di negeri Sabah malah di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Dr Anil Jeet Singh Sandhu berkata, beliau amat berharap agar segala usaha Lembaga Pelancongan Sabah memperkasakan industri pelancongan di daerah Kunak ini akan berjalan dengan jayanya sekaligus mampu menyumbang sebagai salah satu sumber ekonomi rakyat Kunak amnya negeri Sabah.

“semoga yang terbaik untuk Daerah Kunak dan parlimen Lahad Datu untuk terus maju kehadapan seperti daerah – daerah lain”, tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular