LAHAD DATU: Dato Sri Anil Sandhu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian P188 Lahad Datu mengesa ahli parti untuk terus berkerja dan tidak perlu hiraukan siapa pun calon terpilih pada PRU-15 nanti.
“Apa yang penting kita bersama-sama berganding bahu berkerjasama untuk menaikkan semula UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bumi Silam ini,” katanya semasa mengadakan pertemuan santai bersama ketua-ketua cawangan dan ketua wanita cawangan serta ketua puteri cawangan hari ini.
32 cawangan puteri, 30 cawangan wanita dan bersama-sama 30 ahli parti turut hadir.
Turut hadir bersama dalam pertemuan itu Ketua Wanita Bahagian Royanie Rafael, Ketua Puteri Bahagian Ernawati Rafael dan beberapa AJK Pemuda dan ahli politik yang dihormati Latiff Kabang, Hajah Maimunah Datuk Hj Zainal Gunong dan Jainah Kabang dan beberapa ahli keluarga yang lain.


Kesempatan itu, Anil berkata setiap kali beliau adakan perjumpaan seperti ini bukanlah saja-saja melainkan untuk menekankan agar kita semua ini berkerjasama dalam satu kelompok, mengingatkan akan wadah perjuangan kita dalam parti.
“Semoga dengan kehadiran anda semua mampu memantapkan lagi semangat berjuang dalam parti sentiasa ingat tujuan utama kita untuk masuk dalam dunia parti ini untuk apa,” tambahnya.
“Semoga dengan adanya pertemuan seperti ini mampu mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Apa yang saya harapkan kalian semua jujur dan amanah dalam menjalankan tugas yang di amanahkan,” tambahnya lagi.
Anil berkata, kita ini ibarat suatu keluarga yang saling berkerjasama dalam suatu kelompok demi perjuangan dan matlamat yang sama. Ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua.