spot_img
HomePolitikRUU Anti Lompat Parti perlu dibentangkan di DUN Sabah - Anil Sandhu

RUU Anti Lompat Parti perlu dibentangkan di DUN Sabah – Anil Sandhu

KUNAK: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen lompat parti di Dewan Rakyat semalam, akan mengembalikan kestabilan politik dalam negara.

Dato Sri Anil Sandhu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian P188 Lahad Datu mengucapkan Syabas dan tahniah kepada 209 Ahli Parlimen yang menyokong RUU lompat parti ini.

“Semua negeri perlu laksanakan undang-undang Anti Lompat Parti ini. Terutamanya di Sabah, RUU ini perlu dibahaskan secepat mungkin di Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Anil menjelaskan, bagi mengelakkan pertukaran kerajaan akibat lompat parti. Adanya RUU ini, kestabilan politik di Sabah akan terjaga. Mandat rakyat juga tidak akan dikhinati.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana membawa usul ini ke Dewan Rakyat dan dua pertiga menyokong laksanakan RUU lompat parti ini.

“Membuktikan kepimpinan Perdana Menteri disenangi Ahli Dewan Rakyat. Komitmen serta kebolehan untuk melaksanakan transformasi ini harus diberi pujian,” jelasnya.

Semalam, RUU Anti Lompat Parti ini diluluskan selepas dibahas selama dua hari oleh 54 Ahli Parlimen mewakili pihak kerajaan dan pembangkang, namun sesi perbahasan itu tidak disertai mana-mana wakil rakyat BERSATU.

Undian dimulakan pada jam 4.49 petang semalam, menyaksikan seramai 209 Ahli Parlimen menyokong dan tiada yang membangkang, 11 tidak hadir.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular