spot_img
HomePolitikBN terbaik tadbir negara, jangan tertipu lagi - Fadli Juanas

BN terbaik tadbir negara, jangan tertipu lagi – Fadli Juanas

KOTA KINABALU: Jentera UMNO Bahagian Kota Belud telah bersiap sedia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Ketuanya, Fadli Juanas berkata, UMNO Kota Belud telah menggerakkan jentera ke semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) seluruh Kawasan P169. Pelbagai program dijalankan untuk mendekati dan mendengar masalah rakyat.

“Baru-baru ini, jentera akar umbi menziarahi 44 PDM di Parlimen Kota Belud bertemu dengan pemimpin dan rakyat kawasan”

“Kami Umno Kota Belud sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU-15,” katanya.

Pada PRU-14, Parlimen Kota Belud dimenangi oleh Munirah Majilis dari WARISAN dengan majoriti 4,262 undi mengalahkan Datuk Seri Salleh Said Keruak dan dua calon lain dari Parti Harapan Rakyat Sabah dan PAS.

Fadli memberitahu, UMNO Kota Belud sudah ada calon dikenalpasti untuk dikemukakan kepada Urusetia UMNO Sabah dalam masa terdekat.

Tambahnya, calon yang diketengahkan sudah pasti mempunyai kredibiliti tinggi dan disenangi rakyat di kawasan Kota Belud.

“Saya yakin pengundi akan memilih parti mana mereka inginkan kerana rakyat sudah merasai pemerintahan di bawah kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional”

“Terbukti BN yang terbaik mentadbir negara dan parti yang sentiasa membela nasib rakyat,” jelasnya.

Fadli menambah, pengundi tidak akan tertipu lagi janji-janji palsu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular