LAHAD DATU: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi P188 Lahad Datu, Datin Maizatul Akmam Alawi, meninjau kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh kawasan Silabukan, Felda Sahabat dan Kunak untuk bertemu jentera-jentera BN.
Sambutan yang sangat luar biasa ditunjukan oleh para jentera Barisan Nasional (BN) seluruh kawasan parlimen Lahad Datu yang bersemangat ingin mahu menang dan merampas kembali kerusi BN dari Warisan.
“Kita perlu memilih kerajaan yang stabil agar pelabur asing berbondong-bondong akan masuk ke Malaysia khasnya di Lahad Datu ini. Sekaligus menaikkan sumber ekonomi rakyat seperti semasa pemerintaan Barisan Nasional dahulu”
“Peluang pekerjaan kepada anak-anak kita akan terbuka luas dan pendapatan rakyat akan lebih stabil sekiranya BN membentuk kerajaan di Putrajaya 20 November ini,” katanya.
Tambah Maizatul, oleh yang demikian, kita semua para jentera BN perlu berkerja keras untuk bertemu dengan pengundi kawasan PDM, terangkan kepada mereka pilihlah calon Barisan Nasional dan jangan tertipu lagi dengan dakyah janji bulan dan bintang pembangkang.
“Jika saya menang pada 19 November ini, banyak yang perlu kita lakukan bersama untuk pembangunan ekonomi di Lahad Datu ini”
“Pembangunan ekonomi akan terus maju di Lahad Datu dengan perancangan pembinaan institusi pendidikan dan pelancongan yang akan giat dilaksanakan demi pembangunan ekonomi masyarakat di P188 Lahad Datu,” katanya.