KOTA BELUD: Fadli Juanas sah mempertahankan jawatan Ketua UMNO Kota Belud pada pemilihan bahagian kali ini.
“Ya akan mepertahankan jawatan,” ringkasnya ketika wartawan DM hubungi beliau.
Fadli berkemungkinan akan bertembung berapa penjuru untuk mencabar jawatannya. Sumber rapat DM berkata, beliau akan berpeluang besar untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Kota Belud jika tanpa penyertaan Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Namun begitu, penganalisis politik DM, menjangkakan bekas Ketua Menteri Sabah dan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu akan fokus gerak kerja UMNO negeri dan bertanding di peringkat persekutuan.
Dalam pada itu, UMNO Sabah belum mengemukakan usul kepada Lembaga Disiplin berhubung tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata ini kerana terdapat beberapa proses perlu diikuti sebelum membuat usul berkenaan.