spot_img
HomePolitikMantan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, berdepan tindakan disiplin

Mantan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, berdepan tindakan disiplin

LAHAD DATU: Mantan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu Mejar (Kehormat RELA) Halid Harun bakal berdepan dipecat daripada UMNO ekoran kekecohan yang berlaku semasa proses pemilihan UMNO Lahad Datu pada sabtu lepas.

Halid Harun yang tewas dalam pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu dilaporkan tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan tersebut dan bertindak merampas mikrofon Pengerusi Tetap Sementara semasa proses pengundian berlangsung dan berucap mendesak pemilihan itu dihentikan.

Menurut sumber dalaman Lembaga Tatatertib UMNO Pusat, tindakan mantan Ketua Bahagian tersebut telah melanggar Perenggan 4.2 Pekeliling Tataetika Berkempen Pemilihan UMNO 2023 yang menegah sebarang bentuk ucapan semasa proses pengundian dijalankan.

Insiden pada Sabtu lepas, Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah, Azhier Farhan telah meminta Halid menghentikan ucapannya.

Namun, beberapa penyokong Halid Harun bertindak ganas dan mencederakan Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah dan petugas Jawatankuasa Pemilihan UMNO.

Ekoran kejadian tersebut, 2 laporan polis telah dibuat oleh individu yang dilaporkan ditendang dan dipukul.

Tambah sumber itu lagi, Halid serta dua penyokongnya berdepan dengan tuduhan salahlaku dibawah Perkara 5.2 Kod Tataetika Ahli UMNO kerana menggunakan ancaman dan kekerasan fizikal kepada Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Sabah bagi memaksa penangguhan pemilihan tersebut.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat Tan Sri Shahrir Abd Samad telah menolak permohonan UMNO Bahagian Lahad Datu untuk menangguhkan pemilihan Bahagian dan telah mengarahkan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu memantau dan meneruskan perjalanan pemilihan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular