spot_img
HomeEkonomiJangan jadikan rakyat Sabah, menjadi pengemis - Datu Rosman

Jangan jadikan rakyat Sabah, menjadi pengemis – Datu Rosman

KOTA KINABALU: Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman berasa bimbang dengan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajii Noor kerana sanggup memanipulasi moto negeri iaitu Sabah Maju Jaya yang terpahat di jata negeri.

Jelas Rosman, Apakah itu Sabah Maju Jaya? Ringkasnya, Negeri Sabah ini perlu menjadi makmur dan sejahtera. Moto ini seharusnya tersemat dalam hati setiap rakyat Sabah.

“Namun, apa yang terjadi pada hari ini?,” katanya.

Tambah beliau, Moto Sabah Maju Jaya telah menjadi bahan ejekan dan permainan generasi baharu khususnya anak muda di Sabah. Tolong jangan cemarkan moto yang sudah diukir indah pada 16 September 1988 ini.

Ketua Menteri Sabah kita pada hari ini pernah mengetuai sebahagian besar politik Sabah bermula dengan menjadi Pengerusi UMNO Sabah (BN)m Ketua BERSATU Sabah (PN), Pengerusi Gagasan Rakyat Sabah (sekejap PARTI sekejap Gabungan) dan Presiden Gagasan Rakyat Sabah yang “mesra sekejap” dengan Kerajaan Perpaduan.

“Dari Parti ke Parti , kekal menguasai namun rakyat terus dimanipulasi hanya untuk kepentingan peribadi”

“Kemudahan asas adalah hak milik rakyat. Rakyat layak menikmatinya tanpa merayu. Jangan jadikan rakyat menjadi pengemis di negeri sendiri,” katanya.

Dalam minggu ini, isu air hangat diperkatakan oleh rakyat mahupun pemimpin negeri Sabah. Diharapkan isu air ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular