KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Busiau Ampirak memohon kepada kepimpinan tertinggi UMNO mengurus dan campurtangan untuk membebaskan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Kerana Datuk Seri Najib adalah pemimpin yang terbaik dan cukup berjasa kepada rakyat,” jelasnya ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Kuala Lumpur.
Beliau berkata Najib banyak membantu rakyat Sabah, khasnya di kawasan pedalaman Sabah.
“Banyak pembangunan direalisasikan oleh beliau, terutama sekali projek Pan Borneo, elektrik dan air bersih”
“Namun disebabkan oleh pertukaran kerajaan, banyak timbul isu di Sabah seperti isu air. Kalau boleh selesaikan segera isu air di Sabah terutamanya di Nabawan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2023, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Penjara Kajang baru-baru ini.
Pada ketika itu laungan “Bebas Bossku” kedengaran di seluruh dewan.
Timbalan Perdana Menteri itu, melawat bekas Presiden UMNO itu, beliau turut berkesempatan bersarapan makanan kegemaran bekas Ahli Parlimen Pekan itu.