KOTA KINABALU: Bagi mengelakkan ketirisan, Jeffery Nor Mohamed, Ketua UMNO Putatan mengesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas, dalam memantau pelaksanaan projek membaik pulih bekalan air bersih negeri Sabah.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan di parlimen, bantuan segera RM800 juta bagi mengatasi masalah air bersih di Sabah dan Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Jeffery Nor berkata, peruntukkan tambahan ini perlu dipantau sebaik mungkin dan rakyat Sabah tidak ingin perkara lalu berulang kembali, kerana ini melibatkan keperluan utama rakyat Sabah.
“Kita sudah trauma apa yang berlaku masa lalu di Jabatan Air Sabah, jadi besar harapan peruntukkan tambahan ini, dapat dikawal selia dengan baik,” katanya.
Tambah beliau, pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memantau supaya tidak berlaku ketirisan dana.
“Akibat apa yang berlaku dahulu, rakyat Sabah menerima kesannya sekarang. Semuanya perlu diubah agar tidak berlaku lagi ‘wise managment’,” jelasnya.
Pegerusi Jabatan Pilihanraya Sabah itu memberitahu, sesiapa pun yang minta peruntukan, kerajaan persekutuan sudah tahu, kerajaan negeri Sabah tidak dapat menyelesaikan masalah air bersih akibat kekurangan dana.
“Biarpun telah diumumkan bahawa kerajaan negeri untung berbillion ringgit”
“Namun saya tidak faham kenapa masalah asas utama rakyat seperti bekalan air bersih ini kita biarkan, pada awalnya dan masih menunggu kerajaan pusat,” tegasnya.
Jeffery Nor berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan persekutuan memberikan peruntukkan tambahan ini, bagi menyelesaikan isu bekalan air di Sabah.
“Terima kasih kepada kerajaan perpaduan persekutuan yang memahami keluh resah rakyat negeri Sabah yang sekian lama,” katanya.