spot_img
HomeSemasaSAFA terima tajaan RM500K daripada redONE

SAFA terima tajaan RM500K daripada redONE

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menerima tajaan bernilai RM500,000 daripada penaja utamanya, Red One Holding Bhd (redONE).

Pengerusi redONE, T.C Goh menyerahkan tajaan itu semasa majlis makan malam kutipan dana anjuran SAFA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Dalam pada itu, beliau berharap tajaan itu dapat membantu meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Sabah dan memudahkan pengambilan bekas penyerang Liverpool, El Hadji Ousseynou Diouf menyertai SAFA, sekali gus mengembalikan kejayaan mereka seperti dahulu.

Goh yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) merupakan antara penyumbang utama pasukan bola sepak Sabah yang memenangi Piala Malaysia pada 1994.

Timbalan Ketua Menteri, Bung Moktar Radin yang juga presiden SAFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak redONE kerana tampil menyokong SAFA.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak yang terlibat akan terus berusaha untuk membantu meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular