Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada sahabat dan follower DEMI SABAH. Makluman page DEMI SABAH telah dihack oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.
Kami hanya portal berita biasa, tiada dana dari sesiapa pembangkang atau pihak kerajaan di Sabah.
Kami beroperasi selama 4 tahun tiada gangguan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Namun selepas admin DEMI SABAH update berita isu berkaitan dengan perjanjian tanah di Kudat. Selepas dua hari, akaun kami di hack. Semua admin page DEMI SABAH diremove oleh pihak bertanggungjawab.
Kami sebagai rakyat Sabah hanya menyampaikan berita. Tidak memihak mana-mana pihak, mengapa kami diganggu sebegitu rupa.
Mana kebebasan media di Malaysia ini.
Kami akan membuat laporan polis pada hari ini.
Doakan kami dapatkan balik page DEMI SABAH ini semula.
Sokongan follower dan rakyat Malaysia, khasnya negeri Sabah amatlah kami hargai.
Ketua Admin DEMI SABAH