Pengumuman Datuk Seri Ismail Sabri berkenaan lanjutan PKPD Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah di Lahad Datu Sabah, dilanjutkan 14 hari lagi bermula 10 hingga 23 November 2020 memberi reaksi kurang senang penduduk kawasan itu.
Ini berikutan viral beberapa keping gambar yang menunjukkan penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah berkumpul seperti ingin meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan lanjutan PKPD tempat mereka dilanjutkan lagi sehingga 23 November 2020.

Berikutan kejadian ini, JK Bencana Daerah Lahad Datu mengeluarkan satu memo untuk penduduk terbabit.
“Makluman JK Bencana Daerah telah mencadangkan kepada MKN PUSAT melalui JK Negeri agar PKPD di dua lokaliti ini di tamatkan sebelum ini. Pihak JK Bencana daerah sedang mendapatkan jawapan dan pengesahan kerana dibimbangkan berlaku salah faham. PERKARA INI AKAN DIBENTANGKAN SEMULA DALAM SIDANG MKN ESOK. Harap semua penduduk bersabar dan tunggu maklumat lanjut dari kami” JK Bencana Daerah Lahad Datu.
