KOTA MARUDU, 15 Nov: Hari ini Persatuan Pembangunan Wanita Sugut Sabah (PPWSS) menyampaikan Bakul Prihatin di Kampung Binsulung Sugut.
Bakul Prihatin ini adalah sumbangan ikhlas dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor kepada rakyat Sabah yang terjejas akibat penularan covid-19.
Norinah Adnan yang juga Pengerusi Persatuan Pembangunan Wanita Sugut Sabah (PPWSS) berkata selepas mereka menyampaikan sumbangan peribadi dari Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni di sekitar daerah Kota Marudu. Beliau bersama sukarelawan PPWSS meneruskan program Bakul Prihatin sumbangan dari Ketua Menteri Sabah.

“Sumbangan Bakul Prihatin ini kita edarkan kepada masyarakat yang memerlukan terutamanya keluarga asnaf dan saudara baru yang terjejas di kampung pendalaman Paitan, Sugut, Beluran dan Sandakan.
“Dengan adanya sumbangan Bakul Prihatin ini sedikit sebanyak meringankan beban kepada penerima yang sangat terkesan akibat pandemik covid-19 ini” katanya.





Beliau yang dihubungi demisabah.com, berharap kepada individu atau persatuan yang berkemampuan, bergerak bersama-sama membantu masyarakat yang memerlukan ketika pandemik covid-19 ini melanda Sabah. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi 017-817 5669 (Norinah Adnan).
-demisabah