Lahad Datu: Semalam telah berlangsung angkat sumpah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.
Seramai 44 PPM telah dilantik bagi melaksanakan aspirasi kerajaan dalam membantu rakyat di kawasan masing-masing.
Datuk Seri Hajiji berkata, PPM yang dilantik perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab penuh komitmen dan integriti. Jika gagal melaksanakan tugas dengan betul, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.
“Semua PPM perlu melaksanakan kewajipan membantu wakil rakyat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat” tambahnya lagi.

Ketua Srikandi Lahad Datu, Mizma Appehdullah bersyukur dengan perlantikan ini. Lantikan selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat bagi DUN N61 Segama merupakan satu tanggungjawab besar baginya.
Mizma merangkap Pengerusi Biro Latihan dan Pemerkasaan Parti Srikandi Malaysia berkata lagi, dengan kepercayaan sokongan semua pihak dalam GRS dan Perikatan Nasional, beliau akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan komitmen yang tinggi.

“Tahniah kepada Mizma Appehdullah dengan lantikan sebagai PPM Adun Segama. Beliau memang sangat layak sebab dia terkenal dengan sifat prihatin kepada rakyat kawasan di sini ” respon penduduk kawasan Segama, Haslan Abdul Hamid.
“Lantikan Puan Mizma adalah satu pilihan tepat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji. Penduduk Segama memerlukan pemimpin seperti beliau, sangat mesra tidak kira masa turun padang untuk mendengar masalah rakyat” Mohd Zulmer Zulkapli.

“Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji di atas kepercayaan dan amanah kepada saya, kepada Ketua Srikandi Negeri Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun atas sokongan dan dorongan, tidak lupa buat Ketua Bahagian Bersatu Lahad Datu, Tuan Hj. Hakim Ghulam Hassan”
“Harapan saya semoga satu jalinan kerjasama dan hubungan yang didasari saling percaya antara semua pihak dalam Dun Segama ini, bagi memastikan segala perancangan pihak kerajaan dapat kita realisasikan bersama untuk rakyat” katanya lagi.
-demisabah