spot_img
HomeSemasaKerajaan Sabah lancar Pelan Pembangunan Strategik Sabah

Kerajaan Sabah lancar Pelan Pembangunan Strategik Sabah

Pelan Pembangunan Strategik Sabah bakal merancakkan ekonomi negeri serta meningkatkan kebajikan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pelan pembangunan lima tahun berkenaan adalah satu pelan yang realistik dan menyeluruh.

Menurutnya, kerajaan negeri akan melancarkan pelan pembangunan bertemakan Sabah Maju Jaya itu tidak lama lagi.

Katanya, Pelan Pembangunan Strategik Sabah mengambil kira pandangan serta input daripada pihak berkepentingan.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat Pelan Pembangunan Strategik Sabah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) di sini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Ketua Pengarah JPAN Datuk Rosmadi Sulai serta semua setiausaha kementerian.

-USBO

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular