KOTA KINABALU – Bilangan mangsa banjir di enam daerah terjejas, terus meningkat hari ini.
Setakat jam 9 pagi tadi, seramai 841 orang dari 206 keluarga masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah berkenaan bertambah, berbanding 778 orang membabitkan 190 keluarga setakat jam 8 malam tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, berkata daearah Kota Marudu kekal merekodkan jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi iaitu 456 mangsa dengan 117 keluarga.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Mereka kini berada di empat PPS iaitu Dewan Kampung Asin-Asin, Sekolah Kebangsaan (SK) Taritipan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek dan Dewan ST Thresa.
“Pitas adalah daerah kedua tertinggi mencatatkan jumlah mangsa banjir di negeri ini. Seramai 180 mangsa membabitkan 44 mangsa dari 47 kampung kini berada di tiga PPS daerah terbabit.
“Menerusi bilangan keseluruhan, daerah seterusnya yang mempunyai antara mangsa banjir paling ramai adalah Kudat dengan jumlah seramai 80 orang dari lapan keluarga di PPS Dewan Arena Belia dan Sukan,” katanya.
Paitan pula merekodkan 73 mangsa dari 22 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Binsulung serta Dewan Kubambangan.
Dalam pada itu, Lahad Datu serta Beaufort masing-masing merekodkan 28 mangsa (enam keluarga) di PPS Dewan Kolej Vokasional Pertanian dan 24 orang (sembilan keluarga) di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir.
