spot_img
HomePolitikJangan tabur fitnah tanpa fakta, jangan guna fake akaun jika tidak berani

Jangan tabur fitnah tanpa fakta, jangan guna fake akaun jika tidak berani

Pada 23 Februari lalu, Dato Sri Anil Jeet Singh telah membuat laporan polis isu berkenaan fitnah terhadap beliau di laman media sosial.

Dato Anil yang juga merupakan Presiden Hoki Sabah dan merangkap Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) telah membuat laporan polis di tiga buah Balai di Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, wartawan demisabah.com menghubungi beliau untuk mendapatkan respon berkenaan perkara ini.

“Saya telah dihubungi beberapa sahabat dan mereka bagi saya link coretan facebook bernama Hakimi Fauzi Hamidi, Tantala_ Ku dan SABAHUPDATE.COM.

Berkenaan dengan nama facebook Hakimi Fauzi Hamidi, dari zaman PRU 2018 lagi selalu menyerang saya dalam media sosial sehinggalah ke hari ini.

Tantala_ Ku pula, nama pun kata orang kurang ajarlah kan kerana nama berunsurkan lucah. Penama ini banyak kali menyerang dan menyebar fitnah ke atas saya. Begitu juga blogger sabahupdate.com.

Saya hanya mampu menasihati mereka janganlah menfitnah dan mengeluarkan kata yang bukan-bukan di media sosial. Laporkanlah berita-berita yang baik untuk masyarakat dan negara.

Nasihat saya lagi, terutamanya sabahupdate.com, kalau nak fitnah orang janganlah guna perkataan SABAH gunalah perkataan lain. Jikalau guna perkataan SABAH negeri kita cintai ini dengan melaporkan berita-berita semasa, baguslah. Tetapi sudahlah guna perkataan sabahupdate, menfitnah orang pulak dan keluarkan kata bukan-bukan kepada orang lain. Perkara ini mencerminkan keperibadian individu yang tidak baik.

Nasihat saya jikalau boleh tolonglah jangan fitnah dan memburuk-burukkan orang dengan fake akaun mahupun blogger yang tidak boleh dikenalpasti identiti.

Kalau mereka mahu saya buat sidang media, terlebih dahulu tunjukkan diri anda ketiga-tiga ini”

Saya cabar mereka jikalau ingin mengkritik atau menabur fitnah jangan guna fake akaun guna identiti sebenar.

Sekali lagi saya cabar mereka jumpa saya berdepan dan luahkan apa yang tidak puas hati terhadap saya dan kita selesaikan dengan cara yang terbaik ” tambah beliau dengan senyuman.

-demisabah.com

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular