KUNAK: Sabah tetap akan menghantar kedua-dua pasukan lelaki dan wanita ke Liga Hoki Malaysia 2021 (MHL) yang akan berlangsung lebih awal pada 11 Mac hingga 3 April untuk (kategori) lelaki dan 15 Mac-3 April untuk wanita.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Hoki Sabah (SHA) Dato Sri Anil Jeet Singh ketika temubual wartawan demisabah.com di kediaman beliau.
Kejohanan ini akan berlangsung dengan prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau yang juga Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) berkata, tiga hari sebelum mereka beraksi dalam liga, MSN juga akan mengadakan ujian calitan maka risiko (jangkitan) akan lebih rendah.
Sempena Ulang Tahun UMNO Sabah ke-30, wartawan kami sempat ajukan soalan berkenaan politik tanah air khasnya Sabah.

Beliau yang juga memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Silam berkata “bukan mudah menjadi seorang ahli politik perlu sabar menghadapi segala dugaan yang kadangkala perit nak ditelan”
Beliau bersahaja menjawab, biasalah dalam gelanggang politik kita perlu hadapi segala cabaran seperti tomahan dan fitnah. Semua ahli politik diuji pelbagai ujian, sedangkan Nabi terdahulu pun diuji apa lagi kita hanya manusia biasa.

“Saya doakan yang pereka fitnah itu terselamat dari azab dunia dan akhirat. Kerana keadilan datangnya dari Tuhan bukan dari kita”
“Secara peribadi saya, jika ingin berkecimpung dalam bidang politik perlu hadap semua dugaan dan rintangan dihadapan. Macam saya waktu nak PRU 2018 pelbagai tomahan dan fitnah yang saya hadap. Ia berulang pada masa sekarang, mungkin nak PRU 15, jadi ada yang tidak suka kita naik dan tidak suka lihat kejayaan kita”
“Kita buat kerja bantu rakyat. Jangan berhenti membantu rakyat” tambahnya lagi.