spot_img
HomeSemasaLajim Ukin Sokong Pelan Pemulihan Negara

Lajim Ukin Sokong Pelan Pemulihan Negara

Amanah Iktiar Malaysia (AIM) menyokong penuh Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, AIM yakin pelan yang terdiri daripada empat fasa itu merupakan satu strategi yang terbaik keluar dari kemelut pandemik Covid-19.

“Pelan ini mengambil kira banyak aspek dalam memenuhi kepentingan rakyat dan sektor ekonomi negara. Paling penting sokongan semua pihak, membantu kerajaan keluar dari pendemik covid-19 ini sekaligus dapat memulihkan ekonomi negara” tambahnya lagi.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi keluar daripada COVID-19 dengan sasaran rakyat dapat kembali kepada kehidupan harian seperti biasa menjelang akhir tahun ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi merangkap Pengarah Strategi dan Pilihanraya Bersatu Sabah berkata AIM sentiasa mengambil berat segala masalah yang dihadapi oleh Sahabat Amanah Iktiar Malaysia di seluruh negara.

Pelbagai strategi yang telah dirancang dalam Pelan Pemulihan Negara (PMN) bagi membantu Sahabat AIM yang terkesan akibat pendemik covid-19 ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular