Beaufort: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memberi sumbangan 127 beg bakul kasih kepada penduduk Kampung Kukut yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pengerusi Eksekutif AIM Malaysia Datuk Seri Lajim Ukin menyerahkan sumbangan bakul kasih kepada Penolong Pegawai Daerah Beaufort Karim A.M Zahari yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh.
Lajim berkata, sumbangan berkenaan adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat (CSR) AIM bagi membantu penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19 termasuk yang berada dalam kawasan PKPD.

“Ini adalah sebahagian daripada CSR kita kepada rakyat yang terjejas khususnya mereka yang dilanda musibah serta berdepan cabaran ketika pandemik COVID-19. Kita akan meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang,” tambahnya lagi.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu di Kampung Kukut bermula 26 Jun hingga 8 Julai 2021.