Kota Kinabalu: Bengkel Persediaan dan Penjagaan Kesihatan Mental di Alam Pekerjaan membawakan slogan “Minda Sihat Pemangkin Kejayaan” telah diadakan dalam talian Facebook pada 2 Julai 2021 (Jumaat) bermula 1.50 petang sehingga 4 petang.
Bengkel ini merupakan anjuran Exco Hal Ehwal Siswi (HELWI) Jakmas Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) Sesi 2020/2021. Panel jemputan ialah Encik Muhammad Iman Azhar selaku Pengasas IA Glory Collection dan Puan Nurul Fatiha Firdaus Roslan, Pegawai Psikologi Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (Ums).
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i Ums mengenai situasi alam pekerjaan yang bakal diceburi setelah tamat pengajian. Selain itu, ia juga memfokuskan kepada semua golongan siswazah dan orang awam yang berkaitan dengan alam pekerjaan.
Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 120 orang peserta. Menerusi bengkel ini, kedua panel menyentuh berkenaan persediaan seorang graduan sebelum memasuki alam pekerjaan. Bagi Muhammad Iman, sebagai pelajar seharusnya memberikan komitmen yang tinggi dengan memanfaatkan peluang menuntut ilmu dan perlu menjadi mahasiswa yang aktif dan fleksibel.
Hal ini dapat membantu pelajar agar lebih bersedia menghadapi realiti dan komitmen untuk memasuki alam pekerjaan. Bagi Nurul Fatiha, selaku alumni Ums turut menyatakan kebanyakan graduan menyempitkan fikiran dengan mengejar Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
Dalam perkara ini, persiapan yang boleh dilakukan seorang graduan adalah memanfaatkan masa dengan menyertai latihan yang boleh membaiki penguasaan komunikasi, kepimpinan dan kemahiran. Sekiranya seorang graduan memiliki banyak kemahiran ia merupakan nilai tambah terhadap pekerjaan yang dimohon.
Dari segi mental, mempersiapkan diri melalui rangkaian linkedin.com sangat penting kerana gedung pekerjaan. Linkedin menjadi platform kepada majikan untuk mencari pekerja.
Bengkel ini turut memberi tumpuan mengenai masalah kesihatan mental di tempat kerja. Nurul Fatiha juga berkongsi antara faktor yang mempengaruhi mental di tempat kerja adalah faktor dalaman dan luaran.
Setiap faktor ada cabaran yang perlu diatasi secara positif. Misalnya, di Ums, terdapat saluran untuk refleksi diri di laman sesawang https://www.talentcorp.com.my/findnext.
Justeru, bagi mengelakkan kesihatan mental, Muhammad Iman berkata amat penting menjaga kesihatan mental dan elakkan berada bersendirian sehingga hilang kewarasan dan sayangi diri sendiri.
Selain itu, jangan bandingkan diri dengan orang lain dan jadikan versi diri sendiri yang lebih baik. Bagi Nurul Fatiha pula, persediaan seorang graduan perlu mempunyai minat dan semangat selain terus belajar perkara baharu. Para peserta daripada bengkel tersebut mendapat tips yang berguna untuk dijadikan panduan.
Di musim pandemik mendorong kita untuk mengamalkan norma hidup baharu, pastikan kesihatan fizikal dan mental sentiasa sihat. Walaupun ada yang hilang pekerjaan, jangan lupa untuk terus mencari peluang dengan kemahiran yang boleh menjana pendapatan. Jadilah seorang yang kreatif.


