KOTA KINABALU: Saringan kontak rapat penyumbang tertinggi penambahan 286 kes keseluruhan di Sabah hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata saringan terbabit mencatatkan 134 kes bersamaan 47 peratus diikuti 16 peratus saringan bersasar manakala 15 peratus adalah saringan kluster sedia ada.
Jelasnya dalam Sidang Media perkembangan semasa Covid-19 Negeri Sabah, untuk keseluruhan 286 kes di Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 52 kes diikuti Beaufort 34, Tawau 32, Sandakan 25 manakala Papar 21 kes.
“Sipitang dan Kudat masing-masing 17 kes dan Tuaran 16, Penampang 14, Keningau 13 serta Lahad Datu 12 kes”
“Hanya beberapa daerah yang mencatatkan kes kurang dari 10 kes iaitu Ranau 8, Kota Marudu 7, Kota Belud empat, Kinabatangan, Beluran dan Putatan masing-masing tiga kes manakala hanya dua kes di Kalabakan,” katanya.