spot_img
HomeSemasaBank Rakyat Tawau digesa permudahkan urusan bakal pelajar universiti

Bank Rakyat Tawau digesa permudahkan urusan bakal pelajar universiti

TAWAU : Bakal Pelajar Matrikulasi yang perlu membuka akaun Bank Rakyat membuat aduan kepada pihak Bank Rakyat di daerah Tawau, ini ekoran mereka memaklumkan terlalu ramai bakal pelajar yang ingin membuat akaun sehingga ada yang tercicir.

Mereka menjelaskan terpaksa untuk  pulang kembali walaupun telah datang dari jauh, kebanyakan bakal pelajar yang datang adalah dari kawasan berlainan daerah seperti Kunak, Semporna dan dan beberapa bahagian dalam daerah Tawau. ada yang sanggup untuk menunggu di hadapan pintu utama bank lebih awal dari biasa agar mereka dapat menyelesaikan urusan buka akaun baharu

Dalam laman sosial Tawaukini, salah seorang  bakal pelajar memohon kepada mereka untuk memaklumkan kepada Pihak Bank rakyat akan permasalahan yang mereka hadapi. Seperti yang kita maklum ketika berhadapan dengan pandemik tentu sahaja kebanyakan sektor ditutup ataupun pekerja bekerja dari rumah dan ini juga menjadi salah satu halangan bagi pihak bank untuk membuka  operasi secara kebiasaan ekoran mengikuti Prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Menurut mereka mencadangkan sewajarnya Pihak Bank menyediakan proses pembukaan akaun dalam talian untuk memudahkan urusan bakal pelajar-pelajar ini.

Kami mengharapkan segala permasalahan ini dapat diatasi dengan baik dri pihak Bank Rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular