KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengumumkan vaksin Sinopharm dan Johnson & Johnson (J&J) dimasukkan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Keputusan yang dimuktamadkan menerusi mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke 361 hari ini, memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan bencana membabitkan dua lagi vaksin COVID-19 itu.
COVILO ialah vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm, dan dikenali sebagai vaksin COVID-19 Sinopharm. Manakala vaksin J&J yang hanya memerlukan satu dos suntikan pula dibangunkan Janssen Pharmaceutica N.V. dari Belgium.


