KOTA KINABALU: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah telah melancarkan satu tabung Alumni Prihatin RM5 untuk membantu pelajar UiTM yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Kutipan telah pun dibuat dan dilancarkan pada 1 ogos lalu.
Menurut Timbalan Rektor Bahagian Jaringan Penyelidikan industri Masyarakat dan Alumni UiTM Cawangan Sabah, Dr. Sharifah Nurafizah  Syed Annuar ketika di temubual berkata, sumbangan yang diterima akan membantu para pelajar UiTM Cawangan Sabah dari pelbagai Fakulti yang menghadapi kesukaran pembelajaran dan pengajaran dari dalam talian. Antaranya untuk menyediakan alat paranti, duit belanja dan kupon tambah nilai selain dari bantuan makanan yang diberikan.
Beliau juga berkata, terdapat lebih 700 pelajar di UiTM Cawangan Sabah yang memaklumkan kesukaran mereka untuk menjalani pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. Beliau juga percaya bahawa jumlah pelajar ini akan bertambah selepas negeri Sabah beralih kepada Perintah Kawalan  Pergerakan  Fasa Ketiga.
Kutipan ini menyasarkan sebanyak RM100ribu setiap fakulti dan masa ini telah mengumpul sebanyak RM4000. Masyarakat diluar sana secara umumnya boleh membantu untuk Pihak UiTM melaksanakan dan menjayakan Program Alumni Prihatin RM5 ini dengan menghubungi pihak UiTM Cawangan Sabah ataupun boleh terus ke laman Alumni UiTM untu Scan Barcode yang disediakan.
Orang ramai tidak perlu risau untuk menderma kerana Pihak UiTM Cawangan Sabah akan memberikan resit selepas anda menderma. resit berkenaan boleh digunakan untuk pengecualian cukai.


