Kota Marudu: Dalam tempoh 6 hari bermula 1 hingga 6 September 2021, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu telah berjaya menahan 05 lelaki dan 02 perempuan warganegara tempatan berumur 24 hingga 53 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sekitar daerah Kota Marudu dan Pitas.
Dalam serbuan pertama pada 01 September 2021, sepasukan Pegawai dan anggota BSJND Kota Marudu diketuai oleh Insp Radzi Bin Asmat telah menyerbu sebuah kedai mencuci kereta di dalam daerah Kota Marudu dan menangkap 03 orang lelaki tempatan berumur di antara 38 tahun hingga 53 tahun.
Pemeriksaan dijalankan ke atas beg hitam milik salah seorang suspek menemui (1) peket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki jenis syabu seberat 5.1 gram.
Seterusnya pemeriksaan ke atas beg sandang seorang lagi suspek menjumpai (1) peket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki jenis syabu seberat 0.11 gram. Pemeriksaan ke atas suspek ketiga turut menemui 1 kotak plastik warna hijau mengandungi (4) peket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki jenis syabu seberat 0.42 gram.
Suspek ketiga turut menunjukkan tempat penyimpanan berasingan di sebuah bilik rehat dalam almari kain milik suspek dan menemui 1 kotak kecil bertulis Candy B Complex yang mengandungi (1) peket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki jenis syabu seberat 7.12gram. Kes diklasifikasi di bawah seksyen 39A(1)ADB 1952 dan seksyen 15(1)(a)ADB 1952.
Dalam serbuan berasingan, pada 6 September 2021 jam lebih kirang 6.00 petang, pasukan serbuan telah menahan sebuah Kereta Jenis Proton Saga dan berjaya memberkas 3 orang suspek terdiri daripada 2 lelaki dan 1 perempuan berumur di antara 24 tahun hingga 32 tahun di simpang jalan Langkon Pitas berhadapan Kedai Watson Kota Marudu.
Pemeriksaan lanjut dijalankan di bahagian bawah alas kaki tempat duduk penumpang (hadapan) telah menemui (1) peket plastik warna biru di dalamnya mengandungi (5) peket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki jenis syabu seberat (31.3 gram).
Hasil ujian saringan air kencing juga dapati ketiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine dan mempunyai sejarah rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Kes diklasifikasi di bawah seksyen 39A(2)ADB 1952 dan seksyen 15(1)(a)ADB 1952
Bagi serbuan pertama, kesemua suspek telah direman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai 02 September 2021 hingga 09 September 2021 manakala bagi serbuan kedua, kesemua suspek telah direman mulai 07 September 2021 hingga 13 September 2021 bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Bahagian Sisatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Kota Marudu atas Kejayaan tangkapan dadah di daerah ini.
– IPD KOTA MARUDU


