spot_img
HomeSosiobudayaHedonisme punca hilangnya budaya etnik dalam generasi muda

Hedonisme punca hilangnya budaya etnik dalam generasi muda

Kota Kinabalu: Budaya merupakan satu warisan yang perlu dibanggakan oleh setiap masyarakat kerana budaya itu menunjukkan jati diri seseorang. Namun begitu, hedonimse telah melenyapkan perkembangan budaya etnik dalam kehidupan generasi muda.

Sabah merupakan negeri yang unik kerana mempunyai pelbagai budaya etnik yang tersendiri. Setiap budaya tersebut telah membawa satu kelainan dari sudut pemakanan, pemakaian dan adab.

Nur Azlin Baharuddin, pelajar tahun 3 Seni Kreatif Universiti Malaysia Sabah, berpendapat budaya hedonisme merupakan faktor hilangnya budaya-budaya etnik dalam generasi muda. Kehilangan budaya etnik ini berpunca  daripada perkembangan teknologi media sosial.

“Munculnya teknologi media telah merubah corak kehidupan dan pemikiran generasi muda. Perkembangan teknologi media sosial telah membuatkan anak-anak muda terpengaruh dengan budaya-budaya Barat sehingga melanggar budaya adat sendiri”

“Budaya hedonisme tersebut menjadi ‘trend’ sehingga diaplikasikan dalam kehidupan mereka,” katanya.

 

Foto – Berita Harian

“Budaya-budaya hedonisme ini bukan sahaja menjadi penghakis tetapi membawa kepada  keruntuhan terhadap institusi kebudayaan tersebut. Bukan sahaja budaya tetapi adab yang diikuti juga telah hilang. Generasi muda kini banyak normalisasi budaya yang bercanggah dengan adat sendiri,” tambahnya lagi.

Jelaslah bahawa hedonisme menjadi punca hilangnya budaya etnik. Oleh itu, budaya hedonisme haruslah ditapis atau dihentikan agar budaya tersebut tidak terus menghancurkan budaya-budaya etnik.

Generasi muda perlu dididik untuk mengangkat dan mencintai semula budaya etnik agar tradisi budaya etnik tersebut dikekalkan.

Penulis : Nur Qurratu’Ain Ridzoan

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular