spot_img
HomeSemasaKebenaran penemuan emas di Pitas terjawab

Kebenaran penemuan emas di Pitas terjawab

KOTA KINABALU: Isnin lalu, pengguna media sosial telah berkongsi dalam WhatsApp dan Facebook susulan penemuan batu seakan emas di sebuah bukit di Kampung Boluoh Bongkol, Pitas.

“Emas” yang menjadi tumpuan warganet – FMT

Dakwaan yang mengatakan emas telah ditemui di Pitas kini terjawab selepas pakar dari Jabatan Geology mengesahkan bahawa batu yang didakwa sebagai emas oleh netizen adalah BUKAN EMAS. Penemuan tersebut adalah mineral yang dikenali sebagai “Pyrite” atau “Fools Gold”.

Pemangku Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) , Webster Wong Vui Ching  mengesahkan mineral yang menyerupai emas yang ditemui di Pitas sebenarnya adalah pirit, mineral besi sulfida dengan kilauan seperti logam.

Menurut beliau, pegawai mereka tidak menemui sebarang emas tetapi hanya pirit.

“Beberapa individu juga telah datang ke pejabat JMG sebelum ini membawa batu diselaputi warna keemasan namun baru kali ini penemuannya menjadi tumpuan kerana tular di media sosial”, tambah beliau lagi.

Beliau berkata, “Ia sama sahaja kerana batu-batu itu adalah pirit, tapi pada masa itu, media sosial seperti WhatsApp dan Facebook tidak digunakan meluas seperti hari ini. jadi kes-kes itu tidak tular tidak seperti sekarang apabila ada media sosial.”

Pihak berkuasa telah mengeluarkan larangan bahwa sebarang aktiviti mengali lereng bukit ini dilarang sama sekali kerana akan menyebabkan hakisan tanah atau tanah runtuh.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular