spot_img
HomeSemasaKes harian COVID-19 menunjukkan kadar penurunan yang positif

Kes harian COVID-19 menunjukkan kadar penurunan yang positif

LAHAD DATU: Lahad Datu yang pernah menjadi salah satu kawasan zon merah menunjukkan perubahan yang positif apabila kes mula menunjukkan penurunan pada bulan November.

Merujuk kepada Kenyataan Media Negeri Sabah, catatan kes harian pada 2 November 2021 adalah sebanyak 21 kes kemudian mula menunjukkan penurunan kepada 8 kes pada 13 November 2021.

Serhan Abdullah, Petugas Kesihatan Hospital Lahad Datu berpendapat bahawa penurunan kes ini sedikit sebanyak memberi sinar harapan untuk negara terus pulih sepenuhnya. Beliau turut merasakan ianya merupakan satu kejayaan buat petugas barisan hadapan setelah sekian lama berjuang menghadapi dugaan ini.

“Penurunan kes yang positif melegakan pihak kami dalam perjuangan ini. Kemenangan ini seakan sinar baru buat negara untuk terus pulih dari belenggu penyakit ini walaupun belum sepenuhnya. Sekurang-kurangnya usaha para petugas barisan hadapan selama ini membuahkan hasil.”

Foto – Utusan Borneo

Jelasnya lagi, penurunan kes harian boleh dikekalkan sekiranya pihak berwajib dan masyarakat berganding bahu untuk menjalankan tanggungjawab bersama.

Namun begitu, kes ini boleh mendadak naik pada bila-bila masa sahaja sekiranya banyak pihak leka dan lalai. Dengan itu, pentingnya langkah penjagaan yang maksimum.

“Sekarang kita baru melihat penurunan kes dan itu belum menjanjikan kemenangan buat kita. Oleh itu, setiap individu perlu menjaga diri dan mematuhi setiap arahan yang telah diberikan oleh kerajaan. Masyarakat juga perlu bertolak ansur untuk kebaikan bersama dan jangan menjadi individu yang mementingkan diri.” ujarnya lagi.

Foto – Berita Harian

Tidak dinafikan bahawa penurunan kes harian ini banyak memberi kelegaan kepada masyarakat. Harapan untuk kembali hidup normal sedikit sebanyak sudah kelihatan setelah terlalu lama hidup dalam pandemik ini.

Oleh itu, untuk mengekalkan penurunan kes harian, masyarakat perlu sentiasa berwaspada sekaligus terus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk hidup dalam norma baharu.

Kemenangan untuk bebas sepenuhnya dari Covid 19 masih boleh dicapai sekiranya setiap individu menyumbangkan kerjasama yang baik. Akhir kata, jadilah masyarakat prihatin agar impian yang dilakar buat sekian lama menjadi sebuah kenyataan.

Penulis : Siti Nur Shafiqah Muhammad Amiruddin

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular