LAHAD DATU: Peratus penerima dos penggalak di daerah Lahad Datu meningkat iaitu 30% dari yang sebelumnya. Penerima dos penggalak ini kebanyakannya diterima oleh pekerja barisan hadapan.
Menurut Muhammad Fikrie Rosli yang merupakan salah seorang petugas sukarelawan My Vac Kementerian Belia dan Sukan Lahad Datu, Sabah. Seramai 18 orang individu yang telah berjaya mendapatkan dos penggalak di Gelanggang Futsal Kelab Teluk Darvel, Lahad Datu semalam.
“Kepentingan untuk kita mengambil dos penggalak ini adalah supaya kita terhindar dari jangkitan virus Covid-19 dan ia juga dapat membantu pihak kerajaan untuk mencegah virus ini daripada menular serta dapat mengurangkan kes jangkitan Covid-19 di daerah ini,” katanya.

Beliau juga berkata, mendapatkan dos penggalak ini, masyarakat Lahad Datu boleh datang secara “walk-in” pada setiap hari isnin sehingga jumaat pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari. Bagi hari Sabtu dan Ahad pula di Hospital Lama, Lahad Datu, Sabah”
“Harapan saya kepada masyarakat daerah Lahad Datu, mari lah kita bersama-sama mengambil dos penggalak ini khususnya kepada golongan yang mudah dijangkiti seperti petugas barisan hadapan dan warga emas. Semoga pengambilan dos penggalak ini membantu kita untuk mencegah virus Covid-19 ini,” tambahnya lagi.
Tuntasnya, semua golongan masyarakat hendaklah mengambil dos penggalak ini untuk memberi perlindungan kesihatan tertinggi kepada diri masing-masing.
Penulis: Nurul Khumairah Roslan


