spot_img
HomeSemasaPengarah JANS jangka gangguan air kembali pulih hujung minggu ini

Pengarah JANS jangka gangguan air kembali pulih hujung minggu ini

KOTA KINABALU: Ir.Edward Lingkapo, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menyatakan masalah bekalan air di 18 kawasan di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran dijangka pulih sepenuhnya hujung minggu ini.

Menurut Edward, pembaikan dua pam di Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 1 di Tuaran dijangka siap pada 28 November ini.

“Gangguan itu berlaku akibat pam air di LRA Telibong 1 kendalian Jetama Sdn Bhd telah terbakar pada 6 November yang lalu akibat bekalan elektrik yang tidak stabil,”tambahnya.

Menurut Edward juga, gangguan itu menyebabkan pengeluaran air berkurang sebanyak 10 juta liter, sehingga lebih 30,000 pengguna terkesan dan terpaksa bergantung dengan perkhidmatan lori tangki yang disediakan JANS sejak enam bulan lalu,

Edward berkata, catuan air telah dilakukan beberapa bulan lalu sejak krisis air berlaku dan dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini,

“JANS akan meneruskan inisiatif berterusan untuk menghantar bekalan air pada waktu bekerja,”tambahnya.

Edward berkata, kawasan yang terlibat dalam pengagihan air itu adalah University Utama Condominium, University Condo Apartment 2, Bandar Sierra, Taman Flamingo, Taman Bukit Sepanggar, Pusat Integrasi Penghuni Hutan Tuaran, Taman Putramas Telipok, Sekolah Sri Nangka, Hospital Tuaran dan Apartment Seri Maju.

“Catuan air dijangka akan diteruskan sehingga tahun depan,”tambahnya.

“Iaitu apabila dua projek pembinaan Skim Bekalan Air Segera di LRA Telibong 1 dan 2 siap pada Jun 2022”, tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular