spot_img
HomeSemasaMasuk Sabah tanpa ujian saringan COVID-19 membimbangkan - Anil Jeet

Masuk Sabah tanpa ujian saringan COVID-19 membimbangkan – Anil Jeet

Kota Kinabalu: Keputusan Kerajaan Negeri Sabah membenarkan kemasukan pelawat yang lengkap vaksin COVID-19 tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 berkuatkuasa 1 Disember ini, mengembirakan para pelancong dan penggiat industri pelancongan di Sabah.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia, Dato Sri Dr Anil Jeet Singh gembira dengan keputusan kerajaan negeri ini, sedikit sebanyak meningkatkan ekonomi rakyat dengan kerancakan industri pelancongan negeri Sabah.

“Keputusan ini sangat positif dalam merancakkan ekonomi di Sabah, namun tetapi kes COVID-19 di Sabah dijangkakan naik dalam 500 hingga 600 kes bermula minggu ini. Jadi kita perlu fikirkan perkara ini”

“Saranan saya Kerajaan Negeri perlu membuat saringan COVID-19 di setiap pintu masuk di Sabah. Lagipun kit ujian kendiri COVID-19 kini sangat murah, jadi apa salahnya kita laksanakan perkara ini demi mengawal peningkatan kes di Sabah,” katanya.

Dato Sri Dr Anil Jeet Singh ditemui pemberita di Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Putrajaya.

Anil juga menyarankan melantik syarikat GLC Sabah menguruskan perkara ini. Kerajaan Negeri harus bertindak demi mengawal peningkatan COVID-19. Beliau tidak mahu, pisang berbuah dua kali akan melanda Sabah.

Kelonggaran terbaharu prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri ke Sabah itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular