KUALA LUMPUR : Berdasarkan portal CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 96.1 peratus atau 22,504,497 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 setakat semalam.
Menurut portal tersebut juga, terdapat 98.4 peratus atau 23,044,851 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Manakala bagi remaja yang berumur antara 12 dan 17 tahun sebanyak 88.2 peratus atau 2,776,260 individu telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dan sebanyak 84.7 peratus atau 2,664,877 individu pula telah melengkapkan kedua-dos vaksin Covid-19 mereka.
Setakat semalam, sebanyak 54,526 dos vaksin telah dikeluarkan, dengan 4,737 dos untuk dos kedua, 2,522 dos untuk dos pertama dan sebanyak 47,267 dos untuk dos penggalak.
Jumlah tersebut menjadikan jumlah keseluruhan vaksinasi adalah sebanyak 53,185,334 dos.
Manakala jumlah keseluruhan bagi dos penggalak adalah sebanyak 2,194,849 dos.