spot_img
HomeSemasaPihak kami akan perjuangkan nasib rumah pangsa Tanjung Aru - Reduan Aklee

Pihak kami akan perjuangkan nasib rumah pangsa Tanjung Aru – Reduan Aklee

KOTA KINABALU : Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) dan AJK Badan Bertindak Rumah Pangsa ke pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru untuk ajukan isu arahan pengosongan penghuni Rumah Pangsa.

Penduduk rumah pangsa di Tanjung Aru berada dalam dilema apabila Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mengarahkan mereka mengosongkan tempat kediaman mereka dan inisiatif sendiri untuk mendapatkan tempat tinggal yang baharu.

Reduan Aklee berkata pihaknya akan usahakan dan perjuangkan nasib penghuni di kawasan tersebut.

“UPPM Tanjung Aru juga akan berhubung dengan pihak kementerian yang bertanggungjawab dan cuba mencari satu kata putus yang terbaik bagi penduduk di rumah pangsa tersebut,” katanya.

“Tindakan akan diambil seberapa segera yang boleh kerana mengikut notis yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPB) adalah sehingga Disember 2021 ini.”

“Pihak-pihak yang terlibat dalam perkara ini adalah Kementerian Perumahan, Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPB), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Rumah Pangsa dan AJK Badan Bertindak Rumah Pangsa” katanya.

Terdahulu Reduan Aklee hadir ke Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Bersatu Rangkaian Ekonomi Bumiputera Sabah (PBREBS).

Beliau juga menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang hadir di Hotel Shangri-La Kota Kinabalu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular