KOTA KINABALU : Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Api-Api, Sim Fui telah menyerahkan sejumlah tajaan kepada Kelab Sukan Gusti Lengan (AWSC) Kota Kinabalu bagi membolehkan seramai 25 atletnya menyertai Kejohanan Kebangsaan Di Sunway Pyramid, Selangor.
Sejumlah tajaan itu diberikan kepada wakil AWSC Kota Kinabalu Joffey Jolley yang juga merupakan salah seorang atlet Gusti Lengan yang menyertai kejohanan tersebut.
Sim Fui berharap sumbangan tajaan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban para atlet semasa menyertai kejohanan itu nanti.
Menurut Sim Fui, kejohanan tersebut akan diadakan pada 11 dan 12 Disember ini dalam pelbagai kategori.
Selain itu, Pengerusi AWSC Kota Kinabalu Jolly Johnson juga menyatakan bahawa mereka memerlukan kos sebanyak RM25,000 tajaan untuk membawa kesemua atlet ke kejohanan tersebut.
“Kos tersebut termasuklah tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan dan makan minum,” tambahnya.
Jolly Johnson juga berharap lebih ramai orang awam atau persendirian yang murah hati menyampaikan tajaan kepada persatuan itu di nombor akaun BSN (1210241100021114) Kelab Sukan Gusti Lengan AWSC, Kota Kinabalu (AWSC).