spot_img
HomeSemasaProgram Outreach beri manfaat kepada 270, 482 rakyat Sabah

Program Outreach beri manfaat kepada 270, 482 rakyat Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat menyatakan Program Outreach di bawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Sabah telah memberi manfaat vaksinasi kepada seramai 270, 482 orang.

Menurut Shahelmey, sebanyak 561 Program Outreach telah dilaksanakan di bawah CITF Daerah yang melibatkan kerjasama antara 5 pihak iaitu Jabatan Penerangan Negeri Sabah (JAPEN), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Pejabat Daerah, Jabatan Perpaduan Negara (JPNIN) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

“Terdapat 468 kampung terlibat dengan program berkenaan yang berakhir pada 15 Oktober 2021 yang lalu dan JKNS masih meneruskan program vaksinasi tersebut,” tambahnya.

Shahelmey berkata, sebanyak 87 kampung di daerah Tawau telah lengkap divaksin yang melibatkan 16, 309 orang.

“Sebanyak 952 lokaliti menunjukkan pencapaian kadar vaksinasi masih rendah terlibat dalam pelaksanaan Program ‘Rapid Assessment and Vaccination Operation’ (RAVO),” katanya.

Shahelmy berkata, sebanyak 124 663 populasi terlibat dengan Program RAVO. Melalui jumlah tersebut, seramai 96,291 orang dewasa layak divaksin. Namun hanya 2,320 orang yang diberi vaksin melalui operasi RAVO.

“Melalui jumlah tersebut, majoriti penduduk sudah menerima vaksin menerusi program CITF sebelum ini, jelas Shahelmy.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular