spot_img
HomeEkonomiLebih 45 tahun perjanjian berat sebelah, miskinkan negeri kaya dengan sumber asli...

Lebih 45 tahun perjanjian berat sebelah, miskinkan negeri kaya dengan sumber asli – KP UMNO Sabah

KOTA KINABALU : Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain menyambut baik usaha Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam mengembalikan hak-hak Sabah, melalui perjanjian Petroleum Development Act (PDA1974) yang dimeterai pada 14 Jun 1976.

Aziz berkata telah tiba saatnya kerajaan negeri bersuara lebih lantang. Hampir lebih 45 tahun perjanjian berat sebelah telah memiskinkan negeri yang kaya dengan sumber asli ini.

Berhubung perkara itu, Aziz memberikan beberapa cadangan antaranya adalah membuka lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat tempatan untuk terlibat dengan sektor midstream seperti penghantaran, penyimpanan, pembekalan yang melibatkan minyak dan gas seperti kapal tangki, penyelenggaraan, menaik taraf saluran paip serta kemudahan penyimpanan.

Seterusnya, Aziz mencadangkan untuk membuka loji penapisan di Sabah dalam memproses minyak mentah kepada hasil akhir seperti petroleum, kerosene, diesel dan sebagainya.

“Tempat seperti itu belum dibangunkan di Sabah dan Sarawak. Ia hanya terdapat di Melaka, Kertih, Kemaman dan Port Dickson”

“Jika kita ada loji, tentunya kita dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan mencipta lebih ramai anak-anak tempatan yang berkemahiran tinggi,” tambahnya.

Ketua Pemuda UMNO itu juga mencadangkan untuk menempatkan lebih banyak anak-anak Sabah dalam lembaga pengarah Petronas dan dalam ratusan anak-anak syarikat Petronas.

Katanya, setahunya tidak ada anak-anak Sabah yang menduduki lembaga pengarah Petronas setakat ini.

Aziz juga memberi cadangan agar Petronas memberi peluang kepada syarikat carigali milik negeri iaitu Sabah International Petroleum yang dulu dikenali sebagai M3Energy untuk meneroka dan pengeluaran minyak di lautan dalam.

“Jika Petronas boleh beri peluang kepada anak syarikatnya Petronas Carigali untuk berkembang, mengapa tidak beri peluang kepada syarikat tempatan negeri,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular