spot_img
HomeEkonomiBangunkan hub kargo penerbangan KKIA - Hajiji Noor

Bangunkan hub kargo penerbangan KKIA – Hajiji Noor

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebentar tadi telah menyaksikan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Sabah Air dengan Pos Aviation di Menara Kinabalu.

Penandatanganan MOU tersebut bertujuan untuk kerjasama dalam membangunkan hub kargo penerbangan di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Menurut Hajiji, pembinaan ini merupakan suatu keperluan utama bagi Sabah dengan peningkatan jumlah perdagangan secara dalam talian dan peningkatan jumlah bungkusan yang diterima setiap hari.

Hajiji berkata, impak positif MOU ini akan membantu memudahkan lagi urusan dagangan secara dalam talian.

“Disamping itu dapat mewujudkan lebih banyak ruang dan peluang menerusi pembangunannya sekali gus akan dapat menjana dan memulihkan semula ekonomi negeri,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular