spot_img
HomeSemasaDakwaan tentera Sulu serang Sabah masih dalam siasatan - Timbalan Menteri Pertahanan

Dakwaan tentera Sulu serang Sabah masih dalam siasatan – Timbalan Menteri Pertahanan

Manila : Tentera Diraja Sulu (RSA) didakwa adakan satu mesyuarat secara sulit bersama 19 Datuk Bandar di selatan Filipina, rancang satu pelan serangan ke atas Sabah pada Februari 2022.

Dakwaan itu menerusi laporan South Morning Post. Mesyuarat rahsia yang dihadiri tersebut merangka perekrutan 600 tentera Sulu dan 200 pengintip tambahan bagi melakukan penyusupan ke beberapa titik kawasan di Sabah dengan menyasarkan dua bandar pantai utama di Lahad Datu dan Semporna.

Sumber yang turut merupakan seorang pegawai kanan keselamatan mendedahkan mesyuarat itu diadakan 1 Disember lalu. Difahamkan rancangan itu berpotensi dilaksanakan bergantung berapa banyak sokongan politik dan dana yang mampu diperoleh dari pelbagai parti yang menyokong agenda penyerangan tersebut.

“Banyak pemegang taruh di Filipina dan dari luar sanggup mengeksploitasi isu ini demi kepentingan strategi politik mereka,” katanya.

“Kos peluru dan logistik lain akan ditanggung oleh pegawai tinggi yang turut berjanji akan menyumbang 500,000 peso (RM42,000) untuk membina 100 bot laju yang akan digunakan ketika menyerang Sabah,”

Sumber turut menyatakan Februari 2022 dipilih sebagai hari untuk menyerang Sabah sebagai hari peringatan pencerobohan Lahad Datu pada 2013 serta didorong oleh kegagalalan pewaris Kesultanan Sulu mendapatkan persetujuan kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan isu hak ke atas Sabah.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata status kesahihan laporan itu bagaimanapun belum dapat disahkan kebenarannya.

“Saya percaya di pihak kerajaan sudah tentu apa sahaja maklumat berita, termasuk isu dibangkitkan Padang Serai (M Karupaiya) akan dipandang serius,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 11 februari 2013, terjadi sejarah hitam yang mengejutkan negara kita dimana seseorang dari pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu Dan Borneo Utara’ menuntut waris takhta Kesultanan Sulu, membawa 235 pengganas Filipina bersenjata bertindak menawan Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular