spot_img
HomePolitikApi perjuangan UMNO tidak pernah terpadam- Noraini Ahmad

Api perjuangan UMNO tidak pernah terpadam- Noraini Ahmad

BATU PAHAT : Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong telah berlangsung di Hotel Katerina Batu Pahat dan dirasmikan oleh Datuk Zulkarnain Kamisan, Ketua UMNO Bahagian Parit Sulon semalam.

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Ketua Wanita UMNO Parit Sulong menzahirkan rasa syukur beliau atas kelancaran perjalanan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong.

Beliau berkata, melihat komitmen yang ditampilkan para pembahas dan semangat ditunjukkan oleh para perwakilan, ternyata, walau apa yang berlaku, ribut dan sebagainya, Wanita UMNO Parit Sulong tetap fokus dengan perjuangan parti.

“Saya mengamati ucapan para pembahas kali ini dengan penuh teliti. Tidak kurang banyaknya menyentuh mengenai pengorbanan dan jasa wanita kepada parti. Lebih-lebih lagi pasca Pilihanraya Negeri di Melaka tempoh hari,” tambahnya.

Beliau yakin dan percaya bahawa api perjuangan UMNO tidak pernah terpadam dalam diri setiap perwakilan yang hadir kerana kita tahu matlamat kita jelas dalam mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Di kesempatan itu, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Zulkurnain Kamisan, Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, ADUN Sri Medan merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, atas kesudian merasmikan mesyuarat Wanita UMNO Parit Sulong yang cukup bermakna ini.

“Sokongan daripada Datuk Jun terhadap Wanita UMNO Parit Sulong ini juga sangatlah saya hargai dan akan menjadi pembakar semangat kepada wanita untuk terus menjalankan amanah sebagai ahli UMNO,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular