spot_img
HomePolitikUMNO Lahad Datu bertambah kukuh - Ernawati Rafael

UMNO Lahad Datu bertambah kukuh – Ernawati Rafael

LAHAD DATU: Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Lahad Datu yang diadakan pada 12 Disember di Dewan Chee Yee Kor, mendapat sambutan baik dari semua perwakilan.

Ernawati Rafael, Ketua Puteri UMNO Lahad Datu berkata intipati dalam persidangan itu menyatakan, walaupun Puteri UMNO Lahad Datu merupakan ahlli yang teramai di seluruh Malaysia, gerak kerja dalam menambah ahli di setiap cawangan perlu dipergiatkan lagi.

“Langkah itu diambil agar, akar umbi sentiasa kukuh dan sentiasa menyantuni mereka di setiap pelusuk bahagian tanpa ada yang tercicir,”

“Rentetan kemenangan Pilihan Raya Negeri Melaka yang menampilkan beberapa calon muda, Puteri Lahad Datu juga menyuarakan pendapat agar UMNO Lahad Datu turut menampilkan muka baharu iaitu golongan anak muda di Pilihan Raya Umum ke-15 kelak,” katanya.

Ernawati  juga melihat kekuatan UMNO Lahad Datu bertambah kukuh, apabila kemasukan semula beberapa ahli yang telah keluar parti sebelum ini, masuk semula ke dalam UMNO.

Ernawati Rafael, Ketua Puteri UMNO Lahad Datu (Kanan)

“Kami yakin dan percaya UMNO mampu membina kekuatannya semula khususnya di Bahagian Lahad Datu ini, terbukti apabila jumlah perwakilan semakin bertambah dari tahun sebelumnya,” ujarnya.

Ketika dihubungi, beliau mengulas lanjut berkenaan persiapan PRU-15. Erna menyatakan UMNO sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. Ini kerana dengan adanya ahli akar umbi seramai 3.3 juta seluruh Malaysia sudah pasti UMNO bersedia.

“Rakyat mula sedar perjuangan UMNO. Yakin dan percaya parti keramat ini mampu bangkit kembali dan merampas semula kerusi yang hilang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular