spot_img
HomePolitikPH kesal SKMM diperalat tutup mulut rakyat

PH kesal SKMM diperalat tutup mulut rakyat

Petaling Jaya: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan kekesalan dengan mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dijadikan sebagai alat pemerintah untuk menutup mulut susulan kritikan keras daripada media sosial di Facebook dan Twitter.

Melalui kenyatannya, PH mendesak kerajaan bertindak lebih cergas dengan pemberian bantuan kewangan yang mesti melebihi apa yang diberi kerajaan-kerajaan Negeri.

Berikutan isu kegagalan Kerajaan Persekutuan menerima kritikan keras daripada media sosial khususnya para menteri yang begitu layu dan lemah dalam respon menyelamat serta membantu mangsa sehingga diberi gelaran ‘pelancong banjir’.

“Apakah kritikan-kritikan ini begitu menggugat keselamatan negara sehingga SKMM terpaksa meminta pihak Twitter memadam kritikan para netizen ini?”

“Tindakan SKMM ini bersifat antidemokratik dan mengingatkan kami tentang sifat kuku besi diktator yang pernah rakyat Malaysia lihat dahulu”

Tambah kenyataan itu, tindakan yang amat dikesali daripada kerajaan persekutuan adalah bagaimana SKMM diperalat pemerintah untuk menutup mulut rakyat, terutama apabila rakyat sedang tenat dan sengsara akibat banjir

Kerajaan dan SKMM khususnya perlu diingatkan bahawa rakyat berhak bersuara terutama dalam isu yang paling menekan sama ada isu kos sara hidup, bencana, mahupun kepincangan kepimpinan di Persekutuan.

“Oleh itu kami menggesa agar Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SKMM digugurkan segera”

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. -Utusan Online

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular